? ??????????????Just Maybe? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??55 Grabs Today. 55 Total Grabs. ?????
?Get the Code?? ?? ?????Famous Butterfly? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??33 Grabs Today. 1158 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, May 10, 2009

kerja, kerja, kerja........

lama btul aku tak tgk blog aku ni... huhuhu.. almaklum kat umah takde internet..huhuhu
ni pun aku lepak jap kat cc..almaklum takde keje lagi..
citer pasal keje ni, susah betul skarng ni nak dpt keje.. aku mash mencari n mengunggu keje sekarang ni.. nak memilih sgt pun tak boleh... huhuhuhu...
keje, keje, keje.......................................

Thursday, April 9, 2009

yang terbaru dr PROF HASHIM

SESI BICARA DARI PROF...

bertempat di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi sesi bicara bersama Prof Hashim telah diadakan.. Beliau membicarakan tentang bicara karya agung yang tidak asing lagi.."Bustan al-Katibin"

Monday, April 6, 2009

Seharian di Zoo Negara..

pakai gelang ni, baru dapat masuk..
hati-hati dengan haiwan merbahaya kat belakang tu..

pintu masuk ZoO





Seharian...



Letihnya berjalan keliling Zoo ni. Rasa nak patah juga la kaki ni. Tapi memang puas la. Sebelum tamat pengajian ni, nak juga lepak-lepak tengok binatang. Boleh juga cuci mata. hehehehe...

Korang alami la sendiri keasyikan itu. Jom pakat pi ramai-ramai.

Memori Tercipta Di sini..

Majlis Makan Malam Budak Linguistik
selesai sudah pameran ICT

Budak-budak Bahasa & Linguistik Melayu sesi 06/09



Lirik/Tajuk Lagu: Memori Tercipta
Penyanyi: Shila OIAM


Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya

Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita

Mungkin disini kita kan terpisahKenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni

Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta

Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah

Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin di sini kita kan terpisah

Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa






Nescafe ais dan RM3.50..

lambatnya budak-budak ni 'shoping'.. dok sini dulu la..
mamak!!! Roti canai kosong banjir satu...

Peace!!! depan Masjid Jamek




Hari ini, aku dan member-member keluar nak menghabiskan duit. hahaha.. sebenarnya kuar nak lepaskan tension. Sakit kepala tau kalau asyik dok bilik je. Sakit2.. huhuhu.. sebelum bergerak lebih jauh ni, kitaorang dok sarapan kat restoran mamak, pekena roti canai kosong banjir dengan teh tarik.

Habis semua tu, kitaorang mulakan destinasi, nak habiskan duit kan. Habis satu jalan TAR tu kitaorang pusing, sampai kenal semua orang kat situ. hehehehe.. Biasala nama pun pompuan kan, memang suka 'shoping' ni.

Ni aku nak kongsi ngna korang semua, lepas penat berjalan perut pun lapar. Lepas selesai solat zohor kitaorang cari la tempat nak isi perut ni. Lapar ni... jumpa la kami satu tempat makan ni, ikan bakar wei.. Memang menarik minat la. Dari jauh dah bau ikan bakar ni. Aku dan kawan-kawan pun ambil keputusan makan kat situ. Lepas abis makan, panggilla kakak kedai tu untuk kira bil semua. Agak terkejut la aku, bila harga segelas NESCAFE AIS, RM3.50. Peh!!! Nak tau apa alasan kakak itu, bila kami tanya kenapa mahal sampai macam tu? Kakak itu bagi alasan, kami tak beli makanan kat kedai dia, kami hanya tumpang duduk sahaja dan hanya beli air kat kedai dia. Tak adil betul la, mahal tu.



Friday, April 3, 2009

bermula dan akhirnya........................

sementara tunggu bus,
pandang lensa kamera dulu.. Senyum!!!
Akhir kalam :

Semuanya sudah aku cerita dalam ini. Dari pertama kali aku masuk kuliah ini sehinggala hari terakhir aku hendak meninggalkan kelas ini. Ops!! Aku terlupa nak cerita kat korang. Waktu kelas terakhir kelas ini, korang nak tau apa yang kami buat. Mesti korang tertanya-tanya kan? Kami telah diberi satu tugasan untuk buat origami. Dengar macam kelakar, tapi sebenarnya benda itu semua ada maksud yang tersurat tau. Erm...pening jugalah fikir cara nak buat origami tu. Macam-macam gaya. Hasilnya terhasil juga origami itu. Itulah tugasan terakhir yang Dr bagi untuk kulian terakhir kita orang. Rasa puas tau bila terhasilnya origami itu. Boleh tersenyum. Heheheh...

Itulah pengalaman aku sepanjang aku berada dalam kuliah ini. Bermula dengan tekanan dan akhirnya aku mendapat hasilnya di akhir kuliah. Memang betul-betul berkesan. Sekarang banyak yang aku telah tahu. Antaranya cara buat kalender, cara buat blog, dan macam-macam lagi.

Terima kasih untuk pensyarah kami, Dr Normaliza dan Dr Arbaei atas segala pengajaran kepada kami. Tidak lupa juga buat Cik Alia selaku tutor kami. Banyak yang kami belajar.

Semuanya telah aku kongsi. Inilah yang dikatakan ‘ketika dan kalimat’ dari aku. Senyum selalu dan peace... heheheheh...

Wasalam dan daa.....................................................

Aku & kelas tutor :

Kelas tutor aku ni mula tepat pukul 5petang. Macam biasala kami memang tak boleh lewat satu minit pun. Pertama kali aku pergi kelas tutor ni, memang dalam keadaan yang tergesa-gesala. Al-maklum takut terlewat hadir kelas. Takut tu.... huhuhuhu.... inilah kali pertama aku berjumpa dengan Cik Alia, tutor kami. Garang juga orangnya bila aku tengok dari luaran. Dia sememangnya seorang yang tegas tapi dia baik sebenarnya. Hari pertama datang tutor, kami sudah diberi satu tugasan yang agak menarik. Kami dikehendaki membuat satu slide show mengenai isu-isu semasa. Pening juga nak fikir, sebab setiap orang perlu menghasilkan tajuk yang berbeza-beza. Pening-pening....tapi best juga. Hehehehehe............................

Dari idea aku :

Untuk aktiviti seterusnya dalam kelas tutor ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan satu kalender peribadi. Tak kisah la, kita buat apa dalam kalender tu, yang penting ianya tehasil menjadi sebuah kelender meja. Aku memang tak sabar tunggu saat ni. bestnya dapat buat kalender sendiri. Hasil tangan sendiri tu. Wow!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kami diajar cara untuk buat kalender ni. satu benda baru buat aku. Jakun juga pertama kali belajar kan. Tak sabar aku nak tunggu hasilnya. Teet..........

Ta...ra... kalender aku sudah terhasil. Rasa puas bila aku tengok kalender itu. Al-maklum, hasil daripada air tangan sendiri. Lama tu aku tumpu untuk buat kalender ini. Akhirnya, ianya terhasil. Memang bestla... hehehehe.... pertama kali buat kan. Erm...aku tidak rasa yang totur ni satu bebanan wat aku. Memangla bila difikir-fikir kadang-kadang ada tahap tension bila wat benda-benda ni. agak leceh la juga orang kata. Tapi aku fikir balik, hasil yang aku dapat, tak ternilai harganya. Banyak yang aku dapat belajar. Daripada aku kosong pasal kemudahan-kemudahan yang ada dalam IT ni, sekarang aku sudah ada ilmu itu. Sememangnya tidak rasa rugi berada dalam subjek bahasa dalam multimedia.

Korang tak rasa tertarik ke, nak ikuti kelas ni. Memang best la. Jom la join kita orang. Korang akan rasa seronok. Walaupun kadang-kadang tu korang akan rasa tekanan. Tapi tekanan tu nanti akan terhapus bila korang nampak hasil yang korang dah buat. Betul!!!! Percayala!!! Bak tajuk lagu Siti Nurhaliza, Percayalah. Hehehehe........
Aku & blog :

Oke, sekarang aku nak citer lagi pasal kelas tutor ni. Banyak lagi yang aku nak citer kat korang. Sebab aku rasa pengalaman yang aku dapat ni, perlu aku kongsi bersama. Ianya, kan orang ada kata, jangan kedekut ilmu. Betul tak? Hehehe... jom dengar lagi citer aku.

Slide show aku dah citer, kalender pun aku dah citer, sekarang aku nak citer pasal aktiviti yang kita orang lakukan seterusnya. Aktiviti ni merupakan aktiviti terakhir dalam kelas tutor. Iaitu aktiviti pembuatan blog. Blog? Apa yang korang tengah baca sekarang ni, semuanya dalam blog aku. Hehehehehe...... amacam blog aku, oke tak?
Masa Cik Alia beri penerangan pasal wat blog ni, aku sememangnya dalam keadaan kosong. Dalam otak aku memang tak tahu cara untuk wat blog. Yang aku tahu cuma apa itu blog. Yela, sebab ramai juga kawan-kawan aku yang ada blog, tapi cara nak wat blog tu aku tak tahu. Aku tiada keinginan pun nak belajar wat blog sebelum ni. rasa agak rugilah waktu tu. Tapi takpe, sebab Cik Alia akan ajar kami macam mana untuk wat blog. Rasa tak sabar juga la nak belajar, yela dapat wat blog sendiri. Hehehehehe.....

Dalam blog ni, kami dikehendaki untuk masukkan sedikit pasal tokoh bahasa. Sedikit latar belakang pasal tokoh bahasa yang kami jumpa. Kalau korang semua nak tau, kat Fakulti Bahasa ni, ramai tokoh-tokoh bahasa, misalnya Prof Dr Hashim Musa, Dr Arbak, Dr Lim Swee Tin, dan ramai lagilah. Aku telah memilih untuk menemuramah Prof Dr Hashim Musa. Kami telah mendapat kerjasama yang daripada beliau. Sememangnya beliau seorang yang merendah diri. Aktiviti temuramah kami dengan beliau berjalan dengan lancar. Setelah kami menemuramah beliau, barulah kami tau sebenarnya telah banyak hasil karya yang telah beliau terbitkan. Antaranya adalah Tatabahasa Dewan dan sebagainya. Beliau merupakan tokoh yang sememangnya memperjuangkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Kami telah menanyakan pandangan beliau mengenai tulisan jawi dengan remaja sekarang. Segalanya telah aku paparkan dalam blog aku ini. korang jangan lupa baca tau.

Hari ini aku dah ada blog aku sendiri. Aku boleh buat apa yang aku suka dalam blog aku ni. seronoknya!!!!! Perkara yang aku suka. Aku dah masukkan segalanya dalam blog aku tu. Best juga ada blog sendiri ni, semuanya boleh aku letak. Sekarang kan korang tengah tengok blog aku ni. Korang bolehlah nilai sendiri blog aku ni ye. Korang-korang pandai-pandailah nilai sendiri. Aku malas nak bangga diri ni. hehehehe....

Dalam blog aku ni, aku ta harap banyak. Cuma apa yang aku harap, bila korang masuk kat blog aku ni korang akan dapat sedikit ilmu. Walaupun tak banyak, tapi sedikit itu akan memberi kesan buat korang. Bak kata orang, sebarlah ilmu itu walaupun sedikit. Betul tak?
Aku cuba buat yang tebaik untuk blog aku ini. sebab benda akan boleh terus dikekalkan. Inilah tugasan terakhir aku. Lepas ini sudah tiada lagi tugasan seperti ini. Rasa sedih juga sebab banyak yang aku nak tau sebenarnya. Huhuhuhuhu.....

Semuanya sudah aku cerita dalam slot ’Ketika dan Kalimat’ ni. Macam-macam yang aku dapat. Macam-macam juga yang aku belajar dalam subjek ini. Antaranya yang paling terkesan dalam diri aku sampai sekarang ni, adalah bekerja di bawah tekanan. Memang tertekan la. Mau pecah kepala ni. Tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi kalau korang nak tau semuanya memberi kesan yang sangat mendalam dalam diri aku. Sebab aku pun lepas ini, akan melihat dunia luar, dunia pekerjaan. Yang aku tidak tahu lagi bagaimana tekanan yang aku perlu tanggung. Dalam kelas ni baru tekanan kecil yang aku dapat. Kat luar tu nanti, erm...aku sendiri tak pasti. Aku rasa bersyukur juga bila Dr. banyak beri tekanan itu. Mungkin pada saat itu aku dan kawan-kawan akan kutuk-kutuk belakang. Memanglah siapa tak tension buat keje dan perlu disiapkan dalam tempoh masa yang sememangnya singkat. Uhh....penat2....

Segalanya mungkin ketika saat itu sahaja. Tapi bila sekarang, setelah berakhirnya kelas bahasa dalam multimedia ni, baru aku sedar yang segala yang kami lakukan dalam kelas atau tutor tu semangnya ada hikmahnya. Hikmahnya yang tidak ternilai harganya. Susah nak dapat pengalaman belajar macam itu. Sebelum, kami hanya mendengar, menjawab, kemudian dapat markah. Tapi bagi subjek ni, cara pembelajaranya cukup-cukup berkesan. Itu bagi pandangan aku. Tak tau la macam mana dengan pandangan korang. Aku harap pandangan aku dengan korang sama. Bukan senang nak tahu semua ni.

Benar kata pepatah, yang ada di depan mata kita tak dapat nak nilai, tapi bila ia hilang baru kita sedar betapa pentingnya ia. Betul tak?
Macam juga dalam subjek ini, masa dalam kelas kita selalu sangat merungut-rungut bila Dr suruh wat sesuatu aktiviti tu. Tapi bila nak abis ni, baru kita rasa betapa ianya memberi kesan wat kita. Huhuhuu...
Itulah manusia kan. Uuhuhu....