? ??????????????Just Maybe? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??55 Grabs Today. 55 Total Grabs. ?????
?Get the Code?? ?? ?????Famous Butterfly? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??33 Grabs Today. 1158 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, March 31, 2009

dari lensa kamera...
















Bermula
dari lensa kamera

Pandangan Prof Dr...






Pandangan Prof Dr mengenai
'tulisan jawi
dan
remaja kini'....
Tulisan jawi dan remaja kini, sememangnya sukar isu yang perlu diambil berat. Hal ini kerana, remaja kini dan tulisan jawi amat jauh sekali. Ada remaja kita kini yang tidak tahu untuk membaca jawi. Ke mana hendak kita kembangkan sesuatu ilmu itu, kalau bukan kepada yang muda, kerana mereka yang bakal menyambung warisan kita. Benar kata pepatah, 'lentur buluh biarlah dari rebungnya.'


Kami telah meminta pandangan Prof Dr Hashim Musa mengenai tulisan jawi dan remaja sekarang.


Jom kita ikuti apa pandangan beliau :


Bagi pandangan beliau, sistem dalam tulisan jawi ada pelbagai. Antaranya bunyi @ lambang, fonetik, dan pelbagai lagi. Bagi beliau, remaja kita kini perlu banyak membaca. Dengan pembacaan ilmu itu akan dapat terus dikembangkan. Selain itu, beliau menggalakkan agar remaja kita kini untuk suka berfikir secara kreatif dan proaktif. Bagi isu tulisan jawi ini, beliau berpendapat agar ada satu-satu pihak yang berkenaan agar menyediakan bahan-bahan bacaan yang boleh menarik minat untuk remaja-remaja kita kini untuk tertarik mempelajari jawi. Dengan bahan-bahan sebegitu ianya akan membuatka para remaja kita untuk mempelajari jawi. Sememangnya beliau tidak menafikan bahawa mempelajari jawi sukar, tetapi ianya dapat dipermudahkan sekiranya ada minat yang timbul. Untuk mempelajari jawi memerlukan latihan yang berterusan. Dengan adanya inisiatif yang sebegitu tulisan jawi dan remaja akan dapat sebati.

Dengar nasihat beliau...


Nasihat kepada penulis muda:


Prof.Dr juga turut menasihatkan para penulis muda supaya sentiasa membaca untuk menjadi penulis yang baik. Ini kerana, melalui pembacaan, ilmu dapat dipertingkatkan dan idea untuk menulis akan datang dengan sendirinya jika kita berilmu.

Menurut Prof.Dr lagi, dalam melahirkan penulis yang berjaya, setiap penulis harus berpegang pada prinsip keislaman. Setiap penulis harus jujur dan ikhlas dengan setiap penulisannya. Ilmu yang disampaikan perlu mengikut nilai dan moral yang diutamakan dalam Islam. Ini kerana, ilmu merupakan sesuatu yang berharga dan mesti diperturunkan dengan sebaik yang mungkin untuk disampaikan kepada pembaca. Justeru, setiap penulis harus mengikut nas dan landasan-landasan yang digariskan dalam Islam.

Untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, penulis muda juga perlu menghayati sebaik mungkin dunia penulisan. Penulisan perlu diterapkan dengan nilai-nilai kemanusiaan yang dapat memberi manfaat kepada pembaca. Justeru, penulis muda perlu mendalami sesuatu ilmu dengan membuat penyelidikan dan bukanlah bergantung kepada bahan rujukan yang ada semata-mata. Penulis perlu keluar dari kepompong dunianya dan perlu mencari ilmu di pelbagai tempat untuk mendalami sesuatu ilmu dengan sebaik mungkin. Pengalaman yang diperoleh di tempat lain sedikit sebanyak membantu penulis muda memperoleh sesuatu yang berguna untuk dijadikan manuskrip penulisan mereka pada masa akan datang. Ini merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan kerana garapan sesebuah penulisan akan menjadi lebih berkesan jika kita cuba untuk menghadapi sendiri pengalaman tersebut.

Monday, March 30, 2009

Dari kacamata beliau.....


Pandangan
Prof.Dr tentang amalan
'MEMBACA':



Menurut Prof.Dr Hashim Musa, membaca merupakan satu langkah penting dalam membentuk minat seseorang untuk menulis. Amalan membaca perlu dijadikan salah satu kegiatan yang berfaedah dalam kehidupan seharian. Ini kerana, untuk menghasilkan sesebuah karya yang bermutu, kita perlu mendalami setiap ilmu bagi memastikan penulisan yang dihasilkan mempunyai nilai ilmu yang berguna. Selain itu, membaca juga merupakan jaringan kepada pembentukan minda masyarakat. Justeru, minat membaca seharusnya dipupuk sejak dari kecil lagi. Ini bertepatan dengan peribahasa, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam membentuk minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dalam menerapkan minat tersebut dalam diri anak-anak dengan turut sama membaca di perpustakaan dan mengunjungi kedai-kedai buku bersama anak-anak mereka. Amalan ini secara tidak langsung dapat memupuk minat mereka dan menjadikan ia sebagai satu kebiasaan.

Buku-buku yang dijadikan bahan bacaan juga perlu dipantau oleh ibu bapa. Ibu bapa seharusnya memilih bahan bacaan yang berguna kepada anak-anak mereka. Bahan-bahan bacaan tersebut seharusnya mengandungi unsure nilai moral dan pengajaran yang tinggi dan mendatangkan manfaat dan ilmu yang berguna kepada anak-anak. Amalan membaca juga dapat mengelakkan anak-anak khususnya golongan remaja terjebak dalam gejala sosial seperti melepak, menagih dadah dan sebagainya. Ini kerana, dengan membaca, anak-anak dapat mengisi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat. Ilmu yang diperolehi sewaktu pembacaan dapat mengajar dan membuatkan mereka berfikir peri pentingnya menghargai masa dalam kehidupan seharian.

Dari Pena Prof Dr......











DARI PENA BELIAU :




Beliau merupakan tokoh bahasa yang telah banyak menulis buku, terutamanya tentang bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Beliau telah mula minat untuk menulis ini sejak dari awal remajanya lagi. Beliau mula berkarya pada 1972 setelah tamat belajar di universiti. Hasil daripada karya-karya beliau tersiar di jurnal Dewan Bahasa. Kebanyakkan hasil karya beliau adalah berkisar tentang Bahasa Melayu, masyarakat melayu, budaya Melayu, buku nahu dan pelbagai lagi. Hingga ke hari ini telah banyak buku-buku yang beliau hasilkan antaranya, Tatabahasa Dewan, Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu, Hati Budi Melayu, dan banyak lagi. Begitu banyak sumbangan beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu dan sistem tulisan jawi itu sendiri.

Nak tau lagi?????




TARAF PENDIDIKAN BELIAU :



Berikut merupakan susur galur taraf pendidikan beliau :



- Sek. Rend aliran Melayu
- Sek. Men aliran Inggeris
- SPM pada tahun 1961
- Masuk maktab aliran Inggeris pada tahun 1965
- 1967-1968 : mengajar die k. Men Za’ba Kuala Pilah
- 1969, masuk Universiti
- 1972: Tamat Ijazah Sarjana Muda
- 1975: Master – Ijazah Sarjana Pengajaran Melayu
- 1975: Jadi pensyarah UM (Universiti Malaya)
- 1980: Beliau telah pergi ke Amerika untuk buat Phd – oditi
- Sambung Phd di Malaysia
- Bekerja sambil buat Phd
- 1987: Dapat Phd
- 1990: Dapat professor
- 2000: Bersara wajib
- 2006: Pensyarah kontrak UPM
- 2007: Pensyarah Linguistik melayu UPM hingga sekarang

Jom kita kenal....



LATAR BELAKANG BELIAU :



Beliau di lahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1945. Beliau merupakan anak sulong daripada dua orang adik-beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1968, dengan seorang wanita yang telah dapat menawan hatinya iaitu Pn.Rosnah binti Mohd Doh. Pertemuan cinta beliau bersama isterinya itu telah bermula di maktab perguruan, tempat dimana beliau dan isterinya sama-sama belajar. Kini, beliau telah dikurniakan 6orang anak, yang terdiri daripada 3orang lelaki dan 3orang perempuan. Beliau kini, telah dapat tersenyum gembira kerana anak-anak beliau telah berjaya dalam bidang mereka masing-masing.

'PEGANG KEPADA ISLAM'

Bila ditanya mengenai prinsip hidup beliau, beliau punyai prinsip hidup beliau yang tersendiri. Seperti juga orang lain, yang punyai prinsip atau pegangan hidup masing-masing. Begitu juga bagi beliau. Prinsip hidup beliau adalah 'Pegang kepada Islam'. Itulah prinsip hidup yang beliau pegang sejak dari awal lagi. Bagi beliau jika kita berpegang dengan prinsip-prinsip Islam nescaya perjalanan hidup kita akan mudah. Kita akan percaya bahawa Allah akan sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Walau sekecil manapun perbuatan kita itu, pasti tidak akan terlepas dari dilihat oleh-Nya. Prinsip yang beliau pegang ini juga telah diterapkan dalam diri anak-anak beliau. Bagi beliau hanya pegangan agama yang kuat yang dapat membantu dan melancarkan hidup seseorang. Tanpa pegangan agama, hidup manusia akan mudah goyah.

Thursday, March 26, 2009

Kau yang aku kagumi...


Prof.Dr.Hashim Musa :



Mungkin nama beliau tidak asing lagi bagi pelajar di Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Jabatan Bahasa Melayu, UPM. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa & Komunikasi. Beliau mengajar bagi subjek sistem tulisan jawi. Beliau yang dimaksudkan adalah 'Prof.Dr.Hashim Musa'..


DiriKu begitu berharga..


Korang mesti tertanya-tanya sapela yang dalam gambar ni?

anak sape? orang mana? nama apa?... jom kita kenal budak ni...

Nama aku Nurul Farhah. Anak kepada En.Mohd Asnadi dan Pn.Rosminah Tukiman. Aku anak jati Johor. Aku membesar di Kota Tinggi, Johor. Ayah dan mama aku pun asal dari Johor juga. Aku ada juga nama 'glamour' ni. Ada yang panggil aku Farhah, Kakha, dan Ting. Ting? mesti korang nak tau kenapa kan? tu nama aku kat kolej.. Sekarang ni aku masih pelajar di UPM, ambil kos Bahasa dan Linguistik Melayu. erm...nak tau lg pasal aku?


Erm...aku anak sulong dari 7orang adik-beradik. Besar kan family aku? Rezeki orang kata...hehehe... Meriah tau ada keluarga yang besar ni..bak kata orang kalau nak wat kenduri tak payah dah panggil orang lain, keluarga sendiri pun dah memadai...

Hobi aku? Erm...kalau nak citer pasal hobi ni, hobi aku banyak. Paling aku suka dengar lagu. Aku suka layan aku rock dulu-dulu. 'Layan' orang kata.hehehe.. Aku suka juga pergi 'window shoping'. mana member ajak aku ikut je. kalau tak de duit, cuci mata pun jadila... Kalau korang nak tau, sekarang ni aku ada hobi baru tau. Hobi baru aku baca novel.. Novel pertama yang aku baca 'ranjau sepanjang jalan' karya Shanon Ahmad. Korang cuba dapatkan novel tu, best tau.. novel ni citer pasal....... korang dapatkan la novel ni, tak rugi...


Sekarang ni, masa aku nak citer kat korang pasal warna kegemaran aku. Kawan-kawan rapat aku dah tau sangat pasal warna kegemaran aku ni. Sampai diorang kata dah jemu tengok aku banyak guna warna-warna tu. tapi, apa aku kisah, dah aku suka...hehehe.. Aku suka warna merah, hitam dan putih. Setiap warna tu ada maknanya yang tersendiri. Merah tu maksudnya berani, putih tu maksudnya suci dan bersih, dan hitam tu maksudnya bergaya... Bila korang gabung semua warna tu jadilah seorang yang suci, bergaya dan berani. hehehe...


Citer-citer kat atas tu semua pasal diri aku. Korang nak tau aku macam mana orangnya.. bak kata nabil kata 'lu pikir la sendiri'

bye....cau cin cau....