lama btul aku tak tgk blog aku ni... huhuhu.. almaklum kat umah takde internet..huhuhu
ni pun aku lepak jap kat cc..almaklum takde keje lagi..
citer pasal keje ni, susah betul skarng ni nak dpt keje.. aku mash mencari n mengunggu keje sekarang ni.. nak memilih sgt pun tak boleh... huhuhuhu...
keje, keje, keje.......................................
Sunday, May 10, 2009
kerja, kerja, kerja........
Posted by kakha at 8:21 PM 0 comments
Thursday, April 9, 2009
yang terbaru dr PROF HASHIM
Posted by kakha at 2:44 AM 0 comments
Monday, April 6, 2009
Seharian di Zoo Negara..
Posted by kakha at 11:59 PM 0 comments
Memori Tercipta Di sini..
Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Di sini jua memori tercipta
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Di sini jua memori tercipta
Yang terpahit jua termanis
Di sini jua memori tercipta
Mungkin di sini kita kan terpisah
Posted by kakha at 8:48 PM 0 comments
Nescafe ais dan RM3.50..
Posted by kakha at 7:49 PM 0 comments
Friday, April 3, 2009
bermula dan akhirnya........................
Semuanya sudah aku cerita dalam ini. Dari pertama kali aku masuk kuliah ini sehinggala hari terakhir aku hendak meninggalkan kelas ini. Ops!! Aku terlupa nak cerita kat korang. Waktu kelas terakhir kelas ini, korang nak tau apa yang kami buat. Mesti korang tertanya-tanya kan? Kami telah diberi satu tugasan untuk buat origami. Dengar macam kelakar, tapi sebenarnya benda itu semua ada maksud yang tersurat tau. Erm...pening jugalah fikir cara nak buat origami tu. Macam-macam gaya. Hasilnya terhasil juga origami itu. Itulah tugasan terakhir yang Dr bagi untuk kulian terakhir kita orang. Rasa puas tau bila terhasilnya origami itu. Boleh tersenyum. Heheheh...
Itulah pengalaman aku sepanjang aku berada dalam kuliah ini. Bermula dengan tekanan dan akhirnya aku mendapat hasilnya di akhir kuliah. Memang betul-betul berkesan. Sekarang banyak yang aku telah tahu. Antaranya cara buat kalender, cara buat blog, dan macam-macam lagi.
Terima kasih untuk pensyarah kami, Dr Normaliza dan Dr Arbaei atas segala pengajaran kepada kami. Tidak lupa juga buat Cik Alia selaku tutor kami. Banyak yang kami belajar.
Semuanya telah aku kongsi. Inilah yang dikatakan ‘ketika dan kalimat’ dari aku. Senyum selalu dan peace... heheheheh...
Wasalam dan daa.....................................................
Posted by kakha at 8:33 AM 0 comments
Aku & kelas tutor :
Kelas tutor aku ni mula tepat pukul 5petang. Macam biasala kami memang tak boleh lewat satu minit pun. Pertama kali aku pergi kelas tutor ni, memang dalam keadaan yang tergesa-gesala. Al-maklum takut terlewat hadir kelas. Takut tu.... huhuhuhu.... inilah kali pertama aku berjumpa dengan Cik Alia, tutor kami. Garang juga orangnya bila aku tengok dari luaran. Dia sememangnya seorang yang tegas tapi dia baik sebenarnya. Hari pertama datang tutor, kami sudah diberi satu tugasan yang agak menarik. Kami dikehendaki membuat satu slide show mengenai isu-isu semasa. Pening juga nak fikir, sebab setiap orang perlu menghasilkan tajuk yang berbeza-beza. Pening-pening....tapi best juga. Hehehehehe............................
Dari idea aku :
Untuk aktiviti seterusnya dalam kelas tutor ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan satu kalender peribadi. Tak kisah la, kita buat apa dalam kalender tu, yang penting ianya tehasil menjadi sebuah kelender meja. Aku memang tak sabar tunggu saat ni. bestnya dapat buat kalender sendiri. Hasil tangan sendiri tu. Wow!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kami diajar cara untuk buat kalender ni. satu benda baru buat aku. Jakun juga pertama kali belajar kan. Tak sabar aku nak tunggu hasilnya. Teet..........
Ta...ra... kalender aku sudah terhasil. Rasa puas bila aku tengok kalender itu. Al-maklum, hasil daripada air tangan sendiri. Lama tu aku tumpu untuk buat kalender ini. Akhirnya, ianya terhasil. Memang bestla... hehehehe.... pertama kali buat kan. Erm...aku tidak rasa yang totur ni satu bebanan wat aku. Memangla bila difikir-fikir kadang-kadang ada tahap tension bila wat benda-benda ni. agak leceh la juga orang kata. Tapi aku fikir balik, hasil yang aku dapat, tak ternilai harganya. Banyak yang aku dapat belajar. Daripada aku kosong pasal kemudahan-kemudahan yang ada dalam IT ni, sekarang aku sudah ada ilmu itu. Sememangnya tidak rasa rugi berada dalam subjek bahasa dalam multimedia.
Korang tak rasa tertarik ke, nak ikuti kelas ni. Memang best la. Jom la join kita orang. Korang akan rasa seronok. Walaupun kadang-kadang tu korang akan rasa tekanan. Tapi tekanan tu nanti akan terhapus bila korang nampak hasil yang korang dah buat. Betul!!!! Percayala!!! Bak tajuk lagu Siti Nurhaliza, Percayalah. Hehehehe........
Aku & blog :
Oke, sekarang aku nak citer lagi pasal kelas tutor ni. Banyak lagi yang aku nak citer kat korang. Sebab aku rasa pengalaman yang aku dapat ni, perlu aku kongsi bersama. Ianya, kan orang ada kata, jangan kedekut ilmu. Betul tak? Hehehe... jom dengar lagi citer aku.
Slide show aku dah citer, kalender pun aku dah citer, sekarang aku nak citer pasal aktiviti yang kita orang lakukan seterusnya. Aktiviti ni merupakan aktiviti terakhir dalam kelas tutor. Iaitu aktiviti pembuatan blog. Blog? Apa yang korang tengah baca sekarang ni, semuanya dalam blog aku. Hehehehehe...... amacam blog aku, oke tak?
Masa Cik Alia beri penerangan pasal wat blog ni, aku sememangnya dalam keadaan kosong. Dalam otak aku memang tak tahu cara untuk wat blog. Yang aku tahu cuma apa itu blog. Yela, sebab ramai juga kawan-kawan aku yang ada blog, tapi cara nak wat blog tu aku tak tahu. Aku tiada keinginan pun nak belajar wat blog sebelum ni. rasa agak rugilah waktu tu. Tapi takpe, sebab Cik Alia akan ajar kami macam mana untuk wat blog. Rasa tak sabar juga la nak belajar, yela dapat wat blog sendiri. Hehehehehe.....
Dalam blog ni, kami dikehendaki untuk masukkan sedikit pasal tokoh bahasa. Sedikit latar belakang pasal tokoh bahasa yang kami jumpa. Kalau korang semua nak tau, kat Fakulti Bahasa ni, ramai tokoh-tokoh bahasa, misalnya Prof Dr Hashim Musa, Dr Arbak, Dr Lim Swee Tin, dan ramai lagilah. Aku telah memilih untuk menemuramah Prof Dr Hashim Musa. Kami telah mendapat kerjasama yang daripada beliau. Sememangnya beliau seorang yang merendah diri. Aktiviti temuramah kami dengan beliau berjalan dengan lancar. Setelah kami menemuramah beliau, barulah kami tau sebenarnya telah banyak hasil karya yang telah beliau terbitkan. Antaranya adalah Tatabahasa Dewan dan sebagainya. Beliau merupakan tokoh yang sememangnya memperjuangkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Kami telah menanyakan pandangan beliau mengenai tulisan jawi dengan remaja sekarang. Segalanya telah aku paparkan dalam blog aku ini. korang jangan lupa baca tau.
Hari ini aku dah ada blog aku sendiri. Aku boleh buat apa yang aku suka dalam blog aku ni. seronoknya!!!!! Perkara yang aku suka. Aku dah masukkan segalanya dalam blog aku tu. Best juga ada blog sendiri ni, semuanya boleh aku letak. Sekarang kan korang tengah tengok blog aku ni. Korang bolehlah nilai sendiri blog aku ni ye. Korang-korang pandai-pandailah nilai sendiri. Aku malas nak bangga diri ni. hehehehe....
Dalam blog aku ni, aku ta harap banyak. Cuma apa yang aku harap, bila korang masuk kat blog aku ni korang akan dapat sedikit ilmu. Walaupun tak banyak, tapi sedikit itu akan memberi kesan buat korang. Bak kata orang, sebarlah ilmu itu walaupun sedikit. Betul tak?
Aku cuba buat yang tebaik untuk blog aku ini. sebab benda akan boleh terus dikekalkan. Inilah tugasan terakhir aku. Lepas ini sudah tiada lagi tugasan seperti ini. Rasa sedih juga sebab banyak yang aku nak tau sebenarnya. Huhuhuhuhu.....
Semuanya sudah aku cerita dalam slot ’Ketika dan Kalimat’ ni. Macam-macam yang aku dapat. Macam-macam juga yang aku belajar dalam subjek ini. Antaranya yang paling terkesan dalam diri aku sampai sekarang ni, adalah bekerja di bawah tekanan. Memang tertekan la. Mau pecah kepala ni. Tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi kalau korang nak tau semuanya memberi kesan yang sangat mendalam dalam diri aku. Sebab aku pun lepas ini, akan melihat dunia luar, dunia pekerjaan. Yang aku tidak tahu lagi bagaimana tekanan yang aku perlu tanggung. Dalam kelas ni baru tekanan kecil yang aku dapat. Kat luar tu nanti, erm...aku sendiri tak pasti. Aku rasa bersyukur juga bila Dr. banyak beri tekanan itu. Mungkin pada saat itu aku dan kawan-kawan akan kutuk-kutuk belakang. Memanglah siapa tak tension buat keje dan perlu disiapkan dalam tempoh masa yang sememangnya singkat. Uhh....penat2....
Segalanya mungkin ketika saat itu sahaja. Tapi bila sekarang, setelah berakhirnya kelas bahasa dalam multimedia ni, baru aku sedar yang segala yang kami lakukan dalam kelas atau tutor tu semangnya ada hikmahnya. Hikmahnya yang tidak ternilai harganya. Susah nak dapat pengalaman belajar macam itu. Sebelum, kami hanya mendengar, menjawab, kemudian dapat markah. Tapi bagi subjek ni, cara pembelajaranya cukup-cukup berkesan. Itu bagi pandangan aku. Tak tau la macam mana dengan pandangan korang. Aku harap pandangan aku dengan korang sama. Bukan senang nak tahu semua ni.
Benar kata pepatah, yang ada di depan mata kita tak dapat nak nilai, tapi bila ia hilang baru kita sedar betapa pentingnya ia. Betul tak?
Macam juga dalam subjek ini, masa dalam kelas kita selalu sangat merungut-rungut bila Dr suruh wat sesuatu aktiviti tu. Tapi bila nak abis ni, baru kita rasa betapa ianya memberi kesan wat kita. Huhuhuu...
Itulah manusia kan. Uuhuhu....
Posted by kakha at 8:32 AM 0 comments
aktiviti KAMI..
Hari ini, kelas berjalan macam biasa. Masih ada kerja di bawah tekanan. Huuhuhuhu.... semuanya itu tidak lepas untuk kami. Hari ini, kami diberi tugasan untuk membuat satu lawatan ke rumah anak-anak yatim. Kami diberi peluang untuk pilih mana-mana kawasan bagi lawatan tersebut. Bagi turut juga diberi peluang untuk gabung bersama dua kumpulan. Kumpulan aku, iaitu KAMI telah memilih kumpulan Schin Chan untuk bergabung atau berganding bahu bersama kami bagi menjalankan aktiviti di rumah anak-anak yatim tersebut. Sebelum itu, kami telah memilih banyak rumah anak-anak yatim disekitar kawasan kami. Tetapi tidak semua tempat kami dapat pergi dengan mudah. Banyak prosedor yang kami perlu ikut. Akhirnya, kami telah mendapat kebenaran untuk membuat lawatan ke rumah Kanak-kanak Nur Salam Chow Kit. Lega rasa hati bila kami mendapat kebenaran untuk melakukan lawatan ke rumah Kanak-kanak Nur Salam Chow Kit itu. Kami mengetahui mengenai latar belakang rumah Kanak-kanak Nur Salam Chow Kit ini daripada internet. Segalanya bermula dari situ. Bermulanya tugas kami dalam menjalankan aktiviti di rumah Kanak-kanak Nur Salam Chow Kit. Bermacam-macam cara yang kami perlu lakukan untuk menjayakan aktiviti lawatan tersebut. Kami perlu mencari dana untuk menjayakan aktiviti lawatan itu. Pelbagai dana yang kami cuba untuk mancari. Tapi semuanya tidak semudahnya yang disangka. Kami sahaja yang tau segala-galanya yang terjadi sepanjang pencarian dana tersebut. Kami telah cuba untuk membuat surat bagi memperoleh dana untuk di bawa ke rumah anak yatim tersebut. Tetapi semuanya tidak mudah yang kami sangka. Kami terpaksa turun naik beberapa kali untu mendapat pengesahan bagi memperoleh dana tersebut. Tetapi malangnya, kami tidak dapat memperoleh dana tersebut atas sebab-sebab yang tertentu. Perasaan hiba menyelubungi kami waktu itu. Huuhuhuhu..........
Walaupun dana tersebut kami tidak dapat, tapi akhirnya kami menjumpai jalan untuk mencari juga dana tersebut. Setelah berbincang kami menjumpai jalan penyelesaian. Kami mengutip dana dengan cara, mengutip derma dari bilik-bilik di tempat kediaman kami. Al-hamdulliah akhirnya, kami memperoleh banyak dana untuk di bawa ke rumah kanak-kanak nur salam chow kit tersebut. Hasil daripada kutipan tersbut kami salurkan kepada rumah kanak-kanak nur salam chow kit tersebut. Setelah selesai mengenai kutipan derma, kami beralih kepada rancangan yang terserusnya. Aktiviti-aktiviti di rumah kanak-kanak nur salam kami aturkan bagi memberi sedikit pengalaman kepada kanak-kanak di rumah tersebut. Kami berusaha sedaya upaya untuk yang terbaik bagi kanak-kanak tersebut. Malam sebelum kami bergerak ke rumah kanak-kanak nur salam itu, segala persiapan telah kami aturkan agar segalanya dapat berjalan dengan lancar. Kami telah menyediakan makanan, roti sandwish dan air mineral bagi menjamu kanak-kanak di rumah tersebut.
Pagi ini menjadi saksi kepada kami. Perjalanan ke rumah Kanak-kanak Nur Salam Chow Kit kami teruskan. Sehingga dalam pertengahan kami telah menjumpai jalan buntu. Kami tidak tahu di mana terletaknya Rumah Kanak-kanak Nur Salam Chow Kit itu. Akhirnya dengan bantuan daripada masyarakat sekeliling masalah kami dapat di atasi. Kami menjumpai rumah tersebut. Kami bersyukur kerana tidak terlewat. Kedatangan kami disambut baik oleh pengurus rumah kanak-kanak tersebut. Kami telah diberi sedikit taklimat mengenai rumah kanak-kanak tersebut.
Akhirnya kami dapat memulakan aktiviti kami. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah :
(1) pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berusia 7-12tahun.
(2) Kenal diri dan teka silang kata bagi kanak-kanak 13-17tahun.
(3) ’Peribahasa Duniaku’
(4) ’Andai aku menjadi :
. burung
. jutawan
. pemimpin
(5) ’Jom menyanyi bersama’
Pelbagai aktiviti yang kami lakukan, semuanya dengan niat untuk
memberi kegembiraan buat kanak-kanak tersebut. Kami telah sedaya upaya melakukan yang terbaik. Terpancar wajah-wajah kegembiraan di wajah kanak-kanak tersebut. Kami turut merasakan kegembiraan itu. Pengalaman kami bersama kanak-kanak tersebut sememangnya satu kenangan yang tidak dapat kami peroleh di mana-mana sekiranya bukan kami yang melibatkan diri di tempat tersebut. Sungguh indah kenangan waktu itu. ‘Ya Tuhan, kau berikanlah kebahagian buat kanak-kanak tersebut.’
Itulah pengalaman yang paling berharga buat aku dan kawan-kawan kumpulan aku. Kami seolah-olah dapat merasai apa yang terbuku di hati kecil kanak-kanak tersebut. Aku rasa bersyukur masih mempunyai keluarga yang cukup bahagia.
Jom tonton :
Hari ini, kelas aku ikuti seperti biasa. Hari ini merupakan hari yang dinanti-nanti. Segala apa yang kami lakukan semasa lawatan kami itu, akan kami siarkan untuk dikongsi besama-sama rakan-rakan kelas yang lain. Tersentuh juga hati ini bila masing-masing memperlihatkan hasil lawatan mereka. Huhuhuhu....sedih wei bila tengok slide show tu. Nak menangis tapi ku tahan. Itulah kehidupan mereka yang bergelar anak yatim. Macam –macam yang mereka tempuh, tabah betul budak-budak tu. Paling aku tersentuh bila aku tengok ada si kecil yang masih kecil telah berada di rumah-rumah tersebut. Sadisnya..........
Semua yang aku cerita tu, pengalaman aku masa berada dalam bilik kuliah. Dalam bilik kuliah, dah macam-macam yang aku belajar. Memang tak rigulah ambil subjek ni. Walaupun sentiasa tertekan tapi, kesannya memang cukup mendalam. Bak slogan kata Mydin ’memang berbaloi’... hehehehe..... sekarang aku nak cerita aktiviti diluar bilik kuliah, iaitu masa kelas tutorial. Untuk subjek ini kami ada satu kelas tutorial. Aku dan kawan-kawan aku ambil kelas tutorial hari khamis pukul 5petang. Nak tau siapa tutor kami? Erm...nak tau ke? Tutor kami ialah Cik Alia. Okelah aku malas nak citer banyak, jom aku citer kat korang pengalaman aku masa dalam kelas tutor tu. Jom dengar citer aku ni.
Posted by kakha at 8:30 AM 0 comments
layan...
Jom kita ‘enjoy’ :
Macam biasa, sebelum pukul 12tengahari aku dan kawan-kawan aku yang lain mesti sudah berada dalam bilik kuliah. Bukan apa sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak dipotong markah dan disoal. Huhhuhu.. stategi namanya. Setiap kali masuk kelas ini aku mesti tak sabar-sabar nak tahu apa tugasan seterusnya. Jadi, hari ini kami dikehendaki untuk menyediakan satu build board seperti yang kita selalu nampak di lebuh raya itu. Mula-mula kau tidak tahu juga apa itu build board, tapi setelah diceritakan dengan sedalamnya oleh Dr. baru ku tahu. Kami diberi kebebasan untuk memilih tema sendiri mengenai build board masing-masing mengikut kumpulan masing-masing. Sesi perbincangan antara ahli kumpulan diteruskan. Biasalah, bila dalam kumpulan ada juga yang sukar nak bagi idea, tapi aku terima. Akhirnya, kami jumpa satu kata putus ’kasut’ sebagai tema build board kami. Tugasan diteruskan. Bermula dengan melukis disetiap kertas lukisan yang telah diberikan oleh Dr. kami saling berganding bahu dalam menyiapkan tugasan itu untuk satu tempoh masa yang begitu singkat. Tension jugalah waktu tu.... akhirnya selesai juga tugasan kami ini. Tibalah saatnya untuk sesi penghantaran. Berdegup kencang juga dada ini, takut Dr. tak boleh nak terima. Akhirnya degupan jantung itu bertukar normal, Dr terima tugasan kami. Bolelah kami tersenyum saat itu. Hehehehehe..........................
Bila aku telah mengikuti kelas ini, macam-macam yang aku belajar. Daripada benda yang sememangnya aku kosong, sehinggakan aku boleh timbul minat. Terima kasih untuk Dr, walaupun tegas tapi keberkesanan pembelajaran itu aku terima.
Semuanya pasal papan cerita :
Segalanya masih dalam bilik kuliah subjek bahasa dalam multimedia. Hari ini terasa agak terkejut kenapa Dr.Normaliza yang masuk mengajar kami, malah ianya digantikan dengan Dr.Arbaei Sujud. Mungkin Dr.Normaliza ada hal waktu itu. Tapi tidak mengapa, Dr.Arbaei Sujud datang mengajar kami mengenai satu bidang yang kami tidak pernah tahu sebelum ini, iaitu papan cerita. Papan cerita? Apa itu? Aku juga masih tertanya-tanya. Setelah dua jam berada dalam kelas bersama penerangan yang telah diberikan oleh Dr.Arbaei Sujud baru aku tahu apa itu papan cerita. Rupanya banyak peluang yang ada untuk kita sebagai pelajar bahasa ini. Sebelum ini aku fikir bila bidang bahasa ini peluang pekerjaan ini sangat terhad. Tapi bila Dr.Arbaei membuka minda kami. Baru ku tahu peluang tu sangat besar. Macam-macam yang aku belajar bila dengar penerangan daripada Dr.Arbaei. Slide yang ditontonkan kepada kami juga menarik minat kami untuk melakukan perkara yang sama. Aku terfikir betapa menariknya jika aku boleh buat benda yang sama itu. Wow!!!!!!!
Barulah terbuka minda aku dan kawan-kawan aku yang lain bila dengar penerangan daripada Dr.Arbaei itu. Macam-macam yang boleh kami buat dalam bidang bahasa dalam multimedia ini. Hal ini kerana, masih kurang orang yang tidak beminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Tiak semestinya bila kita berada dalam bidang bahasa, kita hanya tertumpu kepada menjadi penulis cerpen, editor, atau sebagainya. Tetapi banyak lagi peluang untuk kita. Barulah aku sedar sekarang ini.
Posted by kakha at 8:24 AM 0 comments
layan.....
Hari ini merupakan hari pertama aku mengikuti kelas ini. Semuanya berada beberapa minit awal sebelum kelas bermula, tiba-tiba keadaan yang riuh sebentar tadi bertukar sepi seperti menghormati tetamu yang masuk tadi. Kami tertanya-tanya kenapa mesti dua orang pensyarah yang masuk kelas kami dalam satu masa. Adakah kedua-duanya akan mengajar kami? Atau kami boleh pilih pensyarah mana yang kami mahu? Aku masih tertanya-tanya, sehingga kami diberitahu apakah sebabnya mereka(pensyarah) berada dalam masa yang serentak. Kami diberitahu, mereka mempunyai bidang kepakaran masing-masing. bagi Dr.Arbaei Sujud, beliau mempunyai kepakaran dalam membuat papan cerita, manakala Dr.Normaliza mempunyai kepakaran dalam bahasa dalam multimedia itu sendiri. Oleh hal yang demikian, mereka akan membahagikan tugas-tugas mereka. Dr.Arbaei Sujud akan mengajar kami setibanya tajuk mengenai papan cerita. Segalanya yang berkaitan tentang papan cerita akan diajar oleh Dr.Arbaei Sujud. Kelas hari ini hanya berkisar tentang sinopsis tentang pembelajaran subjek Bahasa dalam Multimedia.
Setelah berada beberapa minggu dalam kelas ini, perasaan aku hanya Tuhan saja yang tahu. Sepanjang aku berada dalam kelas ini, aku sentiasa berada dalam situasi tekanan. Aku sentiasa diberi kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan, hanya dalam masa beberapa jam sahaja kami perlu menyiapkan tugasan yang diberikan. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu. Kadang-kadang sampai aku mengumpat dalam hati pun ada. Huhuhuh....berdosa pula aku rasa. Sememangnya Dr. mahukan kami berkerja dalam tekanan. Alasan Dr. sangat mudah, agar kami dapat membiasakan diri bekerja dalam tekanan. Bila sudah berada di dunia pekerjaan kelak kami akan terbiasa. Tapi pada ketika aku tidak terfikir untuk itu, aku benar-benar rasa tertekan. Arg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hari ini seperti biasa tepat jam 12tengahari, hari Rabu. Aku mengikuti kelas ‘bahasa dalam multimedia’ seperti biasa. Aku masih tertanya-tanya apakah pula tugasan yang Dr. hendak berikan pada kami hari ini. Masih berlegar dalam kotak fikiran aku pertanyaan-pertanyaan itu. Setelah beberapa minit menunggu akhirnya persoalan dalam fikiran aku terjawab. Hari ini kami diberikan tugasan untuk melakukan aktiviti diluar bilik kuliah. Kami dikehendaki mengambil gambar dengan pose-pose yang menarik dan kemudian gambar-gambar tersebut mestilah dikaitkan dengan simpulan bahasa. Pergilah kami keluar sekeliling fakulti untuk mengambil gambar dengan pose-pose yang menarik. Macam-macam ragam ahli kumpulan aku dalam menghasilkan pose-pose yang menarik. Sehinggakan aku terpaksa terbaring ditengah jalan raya. Huhuhuhu... itulah yang dikatakan pengalaman. Setelah segalanya selesai, kami dikehendaki membuat slide show untuk dikongsi bersama rakan kelas yang lain. semasa sesi pengambaran dan pembuatan slide show tersebut segalanya berjalan dengan lancar. Tetapi segalanya bertukar ketika saat kami untuk melakukan pembentangan slide show tersebut. Salah seorang daripada ahli kumpulan kami lambat dalam menghadirkan diri ke kelas tersebut. Seperti yang semua sedia maklum, kelas ini tudak dibenarkan datang lambat walaupun seminit. Akibatnya, markah kumpulan kami akan dipotong. Perasaan bercampur baur menunggu kedatangan salah seorang daripada ahli kumpulan kami. Saat itu hanya kami sendiri yang mengerti. Tetapi akhirnya dapat juga kami membuat pembentangan walaupun disaat-saat yang terakhir. Ianya merupakan satu pengalaman yang terkesan hingga kini.
Macam-macam perkara yang berlaku sewaktu berada dalam kelas ini. Kadang-kadang bila teringat kembali rasa ingin ku ulangi segalanya. Menarik dan terkesan. Ada banyak lagi yang aku nak kongsi. Jom dengar aku nak cerita lagi.
Posted by kakha at 8:23 AM 0 comments
teruskan membaca....
Bermulanya cerita aku :
Aku akan memulakan cerita atau pengalaman aku ini sepanjang aku mengikuti kelas bahasa dalam multimedia ini.
Segalanya bermula semasa aku ingin melakukan pendaftaran kursus bagi sem aku yang terakhir ini. Kami telah diberi panduan tentang subjek yang perlu kami ambil untuk sem yang terakhir ini. Kursus ‘bahasa dalam multimedia’ ini merupakan satu kursus wajib bagi kami sebagai pelajar bahasa dan linguistik melayu. Kami tidak boleh tidak untuk mengelak daripada mengambil kursus ini kerana taraf bagi kursus ini adalah wajib. Semasa mendaftar untuk mengikuti kursus ini aku berasa amat teruja untuk mengikuti kursus ini. Hal ini kerana dengan nama subjek tersebut telah menarik minat aku untuk mengikuti kelas tersebut. ‘Bahasa dalam multimedia’? Wow, seronok ku fikir ketika itu. Sebelum ini aku pernah tahu, yang dalam kelas ini kami akan diberikan tugasan untuk buat kalender kami sendiri, daripada budak-budak senior yang lepas. Perkara tersebut membuatkan aku lagi berkobar-kobar untuk mengikuti kelas ini. Bila hati sudah suka, segalanya akan nampak menarik. Korang setuju tak dengan aku? Mesti setuju punya kan? Hehehehe....
Posted by kakha at 8:22 AM 0 comments
Bermulanya 'Ketika dan Kalimat'
Permulaan kata dariku :
Hari ini aku telah diberikan satu tugasan terakhir bagi subjek Bahasa dalam multimedia. Tajuk tugasan yang aku dikehendaki buat adalah ‘Ketika dan Kalimat’. Bila dengar tajuk tugasan ini, aku agak terkejut dan tertanya-tanya, apakah bentuk tugasan ini. Bila sudah diterangkan oleh Dr.Normaliza cara pembuatannya baru ku tahu, kenapa tajuk tugasan ini ‘Ketika dan Kalimat’. Sebenarnya, kami dikehendaki menulis satu esei seperti catatan harian, mengenai kelas bagi subjek ini. Kami dikehendaki menulis segala-galanya yang berlaku sepanjang kelas ini berlangsung, dari minggu pertama kami masuk ke kelas ini sehingga minggu terakhir kelas ini. Segala masalah, perasaaan, dan sebagainya perlu kami ceritakan dalam tugasan yang terakhir ini, iaitu ‘Ketika dan Kalimat’. Akhirnya baru aku terfikir kenapa tajuk tugasan ini ‘Ketika dan Kalimat’. Hal ini kerana, ‘ketika’ itu sendiri melambangkan tentang saat sepanjang aku mengikuti kelas tersebut. Dan ‘kalimat’ itu sendiri melambangkan tentang segala luahan perasaan, sama ada, gembira, suka, duka, dan segala persaan yang timbul sepanjang kelas tersebut. Dari situlah tercetusnya tajuk tugasan terakhir ini, iaitu ‘Ketika dan Kalimat’.
Posted by kakha at 8:20 AM 0 comments
Tuesday, March 31, 2009
Pandangan Prof Dr...
Kami telah meminta pandangan Prof Dr Hashim Musa mengenai tulisan jawi dan remaja sekarang.
Jom kita ikuti apa pandangan beliau :
Bagi pandangan beliau, sistem dalam tulisan jawi ada pelbagai. Antaranya bunyi @ lambang, fonetik, dan pelbagai lagi. Bagi beliau, remaja kita kini perlu banyak membaca. Dengan pembacaan ilmu itu akan dapat terus dikembangkan. Selain itu, beliau menggalakkan agar remaja kita kini untuk suka berfikir secara kreatif dan proaktif. Bagi isu tulisan jawi ini, beliau berpendapat agar ada satu-satu pihak yang berkenaan agar menyediakan bahan-bahan bacaan yang boleh menarik minat untuk remaja-remaja kita kini untuk tertarik mempelajari jawi. Dengan bahan-bahan sebegitu ianya akan membuatka para remaja kita untuk mempelajari jawi. Sememangnya beliau tidak menafikan bahawa mempelajari jawi sukar, tetapi ianya dapat dipermudahkan sekiranya ada minat yang timbul. Untuk mempelajari jawi memerlukan latihan yang berterusan. Dengan adanya inisiatif yang sebegitu tulisan jawi dan remaja akan dapat sebati.
Posted by kakha at 3:25 AM 0 comments
Dengar nasihat beliau...
Prof.Dr juga turut menasihatkan para penulis muda supaya sentiasa membaca untuk menjadi penulis yang baik. Ini kerana, melalui pembacaan, ilmu dapat dipertingkatkan dan idea untuk menulis akan datang dengan sendirinya jika kita berilmu.
Menurut Prof.Dr lagi, dalam melahirkan penulis yang berjaya, setiap penulis harus berpegang pada prinsip keislaman. Setiap penulis harus jujur dan ikhlas dengan setiap penulisannya. Ilmu yang disampaikan perlu mengikut nilai dan moral yang diutamakan dalam Islam. Ini kerana, ilmu merupakan sesuatu yang berharga dan mesti diperturunkan dengan sebaik yang mungkin untuk disampaikan kepada pembaca. Justeru, setiap penulis harus mengikut nas dan landasan-landasan yang digariskan dalam Islam.
Untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, penulis muda juga perlu menghayati sebaik mungkin dunia penulisan. Penulisan perlu diterapkan dengan nilai-nilai kemanusiaan yang dapat memberi manfaat kepada pembaca. Justeru, penulis muda perlu mendalami sesuatu ilmu dengan membuat penyelidikan dan bukanlah bergantung kepada bahan rujukan yang ada semata-mata. Penulis perlu keluar dari kepompong dunianya dan perlu mencari ilmu di pelbagai tempat untuk mendalami sesuatu ilmu dengan sebaik mungkin. Pengalaman yang diperoleh di tempat lain sedikit sebanyak membantu penulis muda memperoleh sesuatu yang berguna untuk dijadikan manuskrip penulisan mereka pada masa akan datang. Ini merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan kerana garapan sesebuah penulisan akan menjadi lebih berkesan jika kita cuba untuk menghadapi sendiri pengalaman tersebut.
Posted by kakha at 3:10 AM 0 comments
Monday, March 30, 2009
Dari kacamata beliau.....
Menurut Prof.Dr Hashim Musa, membaca merupakan satu langkah penting dalam membentuk minat seseorang untuk menulis. Amalan membaca perlu dijadikan salah satu kegiatan yang berfaedah dalam kehidupan seharian. Ini kerana, untuk menghasilkan sesebuah karya yang bermutu, kita perlu mendalami setiap ilmu bagi memastikan penulisan yang dihasilkan mempunyai nilai ilmu yang berguna. Selain itu, membaca juga merupakan jaringan kepada pembentukan minda masyarakat. Justeru, minat membaca seharusnya dipupuk sejak dari kecil lagi. Ini bertepatan dengan peribahasa, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam membentuk minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dalam menerapkan minat tersebut dalam diri anak-anak dengan turut sama membaca di perpustakaan dan mengunjungi kedai-kedai buku bersama anak-anak mereka. Amalan ini secara tidak langsung dapat memupuk minat mereka dan menjadikan ia sebagai satu kebiasaan.
Buku-buku yang dijadikan bahan bacaan juga perlu dipantau oleh ibu bapa. Ibu bapa seharusnya memilih bahan bacaan yang berguna kepada anak-anak mereka. Bahan-bahan bacaan tersebut seharusnya mengandungi unsure nilai moral dan pengajaran yang tinggi dan mendatangkan manfaat dan ilmu yang berguna kepada anak-anak. Amalan membaca juga dapat mengelakkan anak-anak khususnya golongan remaja terjebak dalam gejala sosial seperti melepak, menagih dadah dan sebagainya. Ini kerana, dengan membaca, anak-anak dapat mengisi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat. Ilmu yang diperolehi sewaktu pembacaan dapat mengajar dan membuatkan mereka berfikir peri pentingnya menghargai masa dalam kehidupan seharian.
Posted by kakha at 8:42 PM 0 comments
Dari Pena Prof Dr......
Posted by kakha at 8:13 PM 0 comments
Nak tau lagi?????
- Sek. Rend aliran Melayu
- Sek. Men aliran Inggeris
- SPM pada tahun 1961
- Masuk maktab aliran Inggeris pada tahun 1965
- 1967-1968 : mengajar die k. Men Za’ba Kuala Pilah
- 1969, masuk Universiti
- 1972: Tamat Ijazah Sarjana Muda
- 1975: Master – Ijazah Sarjana Pengajaran Melayu
- 1975: Jadi pensyarah UM (Universiti Malaya)
- 1980: Beliau telah pergi ke Amerika untuk buat Phd – oditi
- Sambung Phd di Malaysia
- Bekerja sambil buat Phd
- 1987: Dapat Phd
- 1990: Dapat professor
- 2000: Bersara wajib
- 2006: Pensyarah kontrak UPM
- 2007: Pensyarah Linguistik melayu UPM hingga sekarang
Posted by kakha at 7:59 PM 0 comments
Jom kita kenal....
LATAR BELAKANG BELIAU :
Beliau di lahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1945. Beliau merupakan anak sulong daripada dua orang adik-beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1968, dengan seorang wanita yang telah dapat menawan hatinya iaitu Pn.Rosnah binti Mohd Doh. Pertemuan cinta beliau bersama isterinya itu telah bermula di maktab perguruan, tempat dimana beliau dan isterinya sama-sama belajar. Kini, beliau telah dikurniakan 6orang anak, yang terdiri daripada 3orang lelaki dan 3orang perempuan. Beliau kini, telah dapat tersenyum gembira kerana anak-anak beliau telah berjaya dalam bidang mereka masing-masing.
'PEGANG KEPADA ISLAM'
Bila ditanya mengenai prinsip hidup beliau, beliau punyai prinsip hidup beliau yang tersendiri. Seperti juga orang lain, yang punyai prinsip atau pegangan hidup masing-masing. Begitu juga bagi beliau. Prinsip hidup beliau adalah 'Pegang kepada Islam'. Itulah prinsip hidup yang beliau pegang sejak dari awal lagi. Bagi beliau jika kita berpegang dengan prinsip-prinsip Islam nescaya perjalanan hidup kita akan mudah. Kita akan percaya bahawa Allah akan sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Walau sekecil manapun perbuatan kita itu, pasti tidak akan terlepas dari dilihat oleh-Nya. Prinsip yang beliau pegang ini juga telah diterapkan dalam diri anak-anak beliau. Bagi beliau hanya pegangan agama yang kuat yang dapat membantu dan melancarkan hidup seseorang. Tanpa pegangan agama, hidup manusia akan mudah goyah.
Posted by kakha at 7:19 PM 0 comments
Thursday, March 26, 2009
Kau yang aku kagumi...
Mungkin nama beliau tidak asing lagi bagi pelajar di Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Jabatan Bahasa Melayu, UPM. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa & Komunikasi. Beliau mengajar bagi subjek sistem tulisan jawi. Beliau yang dimaksudkan adalah 'Prof.Dr.Hashim Musa'..
Posted by kakha at 3:36 AM 0 comments
DiriKu begitu berharga..
Posted by kakha at 2:24 AM 0 comments